Impian mendaki gunung rinjani telah lama saya simpan, sejak
lihat kawan-kawan sepergunungan mendaki nya. Wah!! Bagai pucuk dicita ulam
mendatang, masa dok tengok-tengok Asia Asia buat promo, KL-Lombok tak sampai
RM200!! Apa lagi??? On the spot, called kawan-kawan dan propose dengan idea ni.
Hmm.. Bila dapat jawapan “on” saja, apa lagi??? Beli! Confirm! Siap ambil “hot
seat” makcik.. Haruslah kan, kalau tiket dah murah.. Masa beli tiket ni, dalam
hati siap dah terbayang kepenatan yang melampau sebab mendaki gunung. Jadi,
haruslah makcik ambil hot seat untuk meluruskan kaki yang dah tentu-tentu
lenguh nanti. Nampak tak di situ? Hah.. Perancangan jangka panjang itu memang
perlu..
Lebih kurang 4 bulan awal sebenarnya saya beli tiket ni. AA
ni kalau nak buat promosi bukannya kira sangat. Jadi, kita ni haruslah sentiasa
bersedia kalau-kalau dapat tiket yang berbaloi-baloi. Hah, apa lagi.. Terus
cari maklumat berkenaan Rinjani dalam internet. Memang banyak company yang
tawarkan pakej ke Rinjani. Bajet biasanya mereka offer ikut jumlah hari. Humang
haii!! Semua harga guna USD dan mahal. Oleh sebab bajet tak berapa banyak, saya
cadang nak cari pakej melalui kawan-kawan. Alhamdulillah bila ajukan pada Din,
dia cadangkan seorang kawan Indonesia yang boleh bawa kami naik Rinjani.
Mulalah saya berbalas-balas e-mel dengan mamat yang bernama Dody Hermawan ni. Setelah
saya setuju dengan harga yang ditawarkan,iaitu IDR 1,550,000.00 seorang , saya
pun bayar separuh daripada harga pakej. Untuk persediaan awal katanya.
Mula-mula cuak jugak, maklumlah saya bukannya kenal dengan si Dody ni. Tawakal
saja lah. Bayaran ni all in katanya. Maknanya, kat sana nanti kita cuma perlu
bawa/beli air untuk minum sendiri, dengan jajan (snacks). Yang lain-lain
semuanya disediakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Seminggu
sebelum bertolak, saya lunaskan separuh lagi bayaran. Bila dah bayar, apa
lagi??? Jom!!!! Ke Lombok kita!!!!!
Layan gambar dulu.. cerita selanjutnya dalam entri yang lain..