Friday, October 12, 2012

Tamat tempoh..

Nasib hidup orang bujang ni, sering berkait rapat dengan tamat tempoh. Tamat tempoh apa? Pekebendenya?? Haha.. Bila kita beli barang, kita mesti nak tengok tarikh luput, kan? Saya panggil tamat tempoh @ expired date..

Kadang2 saya bosan dengan cara hidup saya. Bukannya apa, selalu sangat berlaku pembaziran yang tidak atau disenghajakan. Mana tidaknya, selalu sangat buang makanan sebab tamat tempoh. Tidak dinafikan, saya memang penggemar roti, terutamanya roti Gardenia (keping). Saya suka makan dengan mentega, tuna, daging burger, jem, bla bla bla.. Semuanya serba oklah bila makan roti Gardenia.. Haha. Tapi, masalahnya, roti Gardenia ni cuma dibungkus dengan dua saiz sahaja. Kalau beli yang besar, pasti tak habis. Beli yang kecil pun tak habis jugak. Kalaulah ada size yang lebih kecil. Sampai satu tahap, saya malas nak beli roti dah, sebab terasa membazir. Nak makan roti bakar, pergi saja ke kedai ( rugi la pulak). Tapi, kadang2, saya beli & bahagi dua dengan rakan sekerja, sebab anak2 dia memang suka makan roti.. Itu baru cerita pasal roti.. Antara barang/makanan yang selalu tamat tempoh di rumah saya ialah:
- bawang (jadi pokok)
- kentang (busuk/jadi pokok)
- ayam/makanan laut/makanan sejuk beku (jadi lebam)
- santan kotak
- sayur-sayuran (layu/lecur)
- beras (hapak) sekarang simpan dalam peti sejuk..
- banyak lagi...

Hah, bila dah ada Butterscotch dengan ChocoRaisin ni, memang tak sempat expired lah! haha..

Ini baru sikit, kadang2 tu sampai boleh dimasak daunnya..

Tengok, dua saiz sahaja. Jumbo? Sebulan makan pun tak habis.. hehe.. Selalunya saya beli yang hijau, Wholemeal..





Bila beli barang kering, saya memang sengaja cari yang tarikh tamat tempohnya panjang. 1-2 tahun. Ada sekali, saya teringin makan agar2 masa bulan puasa. Nak masak sebungkus, takut tak habis. Saya masak separuh. Siap beli esen vanilla. Dapat 2 tupperware untuk makan hampir 2 minggu. Tahun depannya, saya teringin nak makan agar2 lagi. Bila check barang dapur, agar2 tahun lepas ada separuh bungkus lagi. saya guna dengan esen vanila tahun lepas. Hahhaa... Dalam peti ais tu, tempoyak dah simpan 4 tahun pun ada lagi. (baru minggu lepas buang). Hadui..

Sama jugak, bila ada jamuan kat tempat kerja. Bila tak habis, mula.. "oi.. bungkuslah! Boleh buat makan malam.." Hmm.. makan malam sangat! Kadang2 memang tolak bungkus, tapi bila dah tak ada yang nak bungkus, terpaksalah bungkus jugak sebab kesian tengok makanan lebih. Balik rumah masuk dalam peti ais. 1 hari, 2 hari, 3 hari dan berhari2, kadang2 berminggu.. Akhirnya, buang juga. Peti sejuk ni dah macam tempat transit makanan yang tidak diperlukan. Sedihkan? Orang di negara2 miskin, mati kelaparan, tak dapat makanan, kita di Malaysia?? selalu sangat membazir..

Kalau nak cerita pasal tamat tempoh ni memang banyak sangat. Tapi, bila tulis panjang2 nanti, orang nak baca pun bosan. Sambung lain kali..

No comments:

Post a Comment