Friday, October 12, 2012

Salam hujung minggu

Salam hujung minggu...
Hari sabtu kira hujung minggu ke? Boleh la kan, sebab sabtu = cuti. Cuti = hujung minggu. Rasa macam dah lama sangat tak berehat pada hari Sabtu. Almaklumlah, banyak sangat aktiviti bila musim cuti persekolahan hampir tiba. Perkhemahan, sekolah ganti, aktiviti pusat koko, macam2lah.. Alhamdulillah, sekurang2nya masa dapat dihabiskan dengan penuh manfaat. Cuma, agak letih sedikit..

Haaa... Bila dapat cuti hari Sabtu, rasa macam "heaven"nya.... Banyak sangat kerja2 yang tertangguh dapat diselesaikan, Insya Allah.. (Kadang2, rancang macam2, tapi kerja2 yang tertangguh tu akan tetap tertangguh.. Hahaha..).

Hari ni, pagi2 lagi dah bangun. (Saya bukan spesies yang bangun lewat tau! Walaupun hari cuti..), Menyapu, mengemop, mencuci baju, menyidai baju, menyiram pokok bunga, membersihkan 'tandas" meoww, membuang sampah, memberi makan "strays' kat belakang rumah. Sekejap lagi nak pergi cuci kereta, nak selesaikan kerja2 sekolah.. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar nanti.. Oh, lupa pulak, nak mandikan anak2 bulus! dah 3 minggu derang ni tak mandi.. Habis lah... Haha..

Kalu dulu2, bila cuti hari Sabtu, saya suka ber"window" shopping, jalan2 kat pusat beli belah. Tapi, sejak dah ada anak2 kat rumah, saya jarang keluar. Baik saya layan derang, kan? Terhibur jugak hati. Lagipun, percutian hujung tahun dah tak lama lagi, terpaksalah "ikat nafsu" shopping tu..

Okay lah, nak pergi cuci kereta.. Bubbye..

No comments:

Post a Comment