Al kisahnya peperiksaan... 09/-16 Oktober 2012 ialah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)..
PMR sememangnya wajib diduduki oleh semua pelajar Tingkatan 3. Kalau SRP dulu2, wajib lulus untuk melayakkan tempat di Tingkatan 4. Sekarang ni, PMR, kau lulus atau gagal, Tingkatan 4 memang sedia menanti. Keputusan cuma menentukan aliran sahaja..
Al kisahnya peperiksaan ni, bagaiamana agaknya keadaan anak2 murid saya menjawab soalan Geografi tadi? Bila tengok (curi2 tengok saja tau), nampaknya macam mudah. Sebabnya, dah terlalu banyak latihan yang diberi. Soalan2 pun banyak yang berulang. Harapan saya agar anak2 dapat menjawab dengan cemerlang.
Oh, ya.. Sepanjang berlangsungnya PMR ni, saya bertugas sebagai Pengawas PMR (jaga periksa) di sekolah yang agak hampir dengan sekolah saya. Nampaknya, pelajar2nya jauh lebih "siuman" daripada pelajar2 sekolah saya. Tak apalah.. "lain padang, lain belalang".. Hmmm.. masa Geografi tadi, tersangatlah geramnya bila tengok calon2 jawab "ntah apa2 ntah". Eeeee.... rasa macam nak bagitau saja.. "Eiiiii.... salah jawapan awak tu? Cikgu awak tak ajar ke?"Hahahaa... malangnya saya cuma boleh tengok saja. Kalau ikut rasa hati, nak saja saya beri jawapan yang betul.. Lepas tu, saya kena tindakan tatatertib.. Hahaha... Dalam hati, semoga anak2 saya jawab dengan betul..
Macam2 ragam calon2 ni. Ada yang minta tukar tempat sebab tak boleh jawab dalam keadaan ramai orang.. (boleh macam tu?), ada yang kerjanya asyik membuta saja, ada yang sikit2 minta kebenaran ke tandas, ada yang tersangatlah tekunnya, ada yang asyik melilau pandangan matanya.. Macam2 ragamlah.. Tahun ni, alhamdulillah, dapat sekolah yang calon2nya kategori "OK". Pengalaman lepas, aduhaiii... Cukup setengah jam, angkat tangan.."Cikgu, boleh keluar?" Ada yang tidur........ hampir sepuluh minit masa nak tamat baru bangun dan hitamkan jawapan. Ada yang "memekak" juga. Bila diugut oleh ketua pengawas, baru nak diam.. Alahai budak....
Kadang2, sedih mengenangkan pelajar2 ni.. Walaupun tidak semua pelajar begini, tetapi lebih 50% calon tidak menunjukkan kesungguhan untuk cemerlang. Asal lulus, dah cukup baik. Inikah bakal pemimpin masa depan? Pelbagai nasihat dan dorongan cikgu dah berikan. Segala ilmu yang sepatutnya sudah dicurahkan. Apa lagi? Selebihnya terletak pada diri masing2.. Berbuihlah mulut kata "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak guna dah", tapi biasalah, selagi belum terjadi, mana nak datang menyesal kan? Bila keputusan "biasa2" barulah nak menyesal.. Apa pun tak boleh!
No comments:
Post a Comment