Wednesday, October 3, 2012

Ahli Keluarga Baru


Perkenalkan ahli keluarga baru saya..


Tam Tam, kecil budaknya..


                                                        





Wa Wa, kakak Tam Tam kot, sbb dia besar sikit..

Aiper, bkn adik beradik Tam2 dgn Wa2, sbb Aiper saya "adopt" dari Klinik Haiwan Tiram..

Onde, mama Tam2 dgn Wa2.. Namun, Onde sayang Aiper mcm anak sendiri.. Syabas Onde!
Dah lama sangat saya teringin memelihara kucing, menjadikan kucing sebagai sebahagian ahli keluarga. sememangnya saya sayangkan kucing. Rumah mak memang banyak kucing, namun banyak masalahnya memelihara kucing di kawasan taman perumahan. Lagipun, saya belum bersedia nak "ikat" hati saya dengan kucing2 ni sebab, kucing mudah mempengaruhi emosi saya. Kucing sakit, saya menangis, kucing tak nak makan, saya menangis, apatah lagi kalau kucing mati... huaaaaaa....

Namun, saya cekalkan hati. Apabila saya "join" komuniti kucing di internet, banyak kucing2 terbiar yang memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Kebetulan, salah seorang rakan di internet mencari "adopter" untuk kucing jalanan di kawasan rumah beliau. Tanpa berfikir panjang saya menghubungi beliau untuk mengambil kucing2 tersebut. Seekor ibu klucing dengan 4 ekor anak. Walau bagaimanapun, 2 ekor anak Onde telah diambil orang. Jadi, saya ambil Onde dengan kedua2 anaknya yang tinggal. Yang hitam saya namakan Tam Tam (hitam) & yang lagi 1 saya namakan Wa Wa (lawa).

Alkisahnya, semasa saya mendapatkan barang2 keperluan kucing (almaklumlah pertama kali membela kucing) di Klinik Haiwan Tiram, hati tertarik pada seekor anak kucing yang sememangnya sedang mencari tuan baru. Anak kucing ni, sangatlah aktif bermain walaupun dikurung dalam sangkar. Saya bawa balik dan namakan dia Aiper (Hyper)..

Bermulalah kisah hidup saya bersama 4 ekor kucing jalanan yang telah menjadi sebahagian ajli keluarga saya.. Semoga Allah merahmati hidup saya sekeluarga.. Aminn...

No comments:

Post a Comment