Budak dulu-dulu
|
Budak sekarang
|
“Automatic” akan bangun
bila cikgu masuk kelas
|
Bila cikgu masuk sahaja,
ada yang tengok muka cikgu, ada yang paling muka, ada yang buat tak tahu..
Bila cikgu tercegat lama kat depan kelas, barulah mereka nak bangun…
|
Bila cikgu mengajar, nak
borak dengan kawan sebelah pun takut.
|
Bila cikgu cakap kat
depan , dia cakap kat belakang.
|
Bila buat salah, cikgu
tegur, rasa macam nak sorok muka kat bawah meja sebab malu.
|
Bila buat salah, cikgu
tegur, buat muka “slenge”. Ada pulak siap buat muka benci lagi, lirikkan mata
dan ada pulak yang pandang lain.
|
Bila tak bawa buku, rasa
macam nak balik rumah ambil sebab takut kena marah.
|
Bila tak bawa buku, cuma
duduk dan tengok cikgu tulis kat depan. Lagi teruk, siap sembang2 lagi dengan
kawan2 sebelah.
|
Dalam kelas, duduk sopan.
Paling teruk pun, duduk bersila atas kerusi.
|
Dalam kelas, duduk angkat
kaki. Siap letak kat atas meja lagi. Ada lagi teruk, mencangkung atas kerusi.
Ni waktu cikgu ada dalam kelas ni!!
|
Homework mesti siap waima
meniru sekalipun.
|
Homework bukan setakat
tak siap, justeru tak buat lagi ada..
|
Tak ada sebab nak ponteng
sekolah melainkan sebab2 yg tak dapat dielakkan.
|
Suka2 dia nak ponteng.
Ada tu, seminggu sekali dua saja datang.
|
Bila kena marah, tunduk
kepala, diam.
|
Bila kena marah, tengok
muka kita siap menjawab. Saya pernah kena, kita marah dia, dia jawab apa tau…
“Ah!! Sial!!!” Eh! Saya pulak yang sial??
|
Bila kena rotan, malu
giler. Rasa macam nak pindah sekolah saja.
|
Bila kena rotan, buat
muka 14.. Saya pernah kena budak yang
sama, kita rotan dia cakap..”Sial!!” kena sial lagi…
|
Bila cikgu minta tolong,
cepat2 buat. Bila kawan lain yang tolong cikgu, siap cemburu lagi sebab tak
dapat perhatian.
|
Cikgu minta tolong
bahagikan buku dalam kelas.. dia jawab..” malaslah cikgu, penat..”
|
Bila dekat2 nak periksa,
gabra giler sebab banyak lagi tak baca. Bila periksa, cuba sedaya upaya nak
jawab soalan.
|
Periksa ke tak periksa
ke, sama saja.. dapat soalan, terus
tidur. Baik sikit, dapat borang OMR terus tanda jawapan. Kertas soalan tak buka
langsung. Lagi teruk, tak datang..
|
Tuan2 dan puan2, tengoklah perbezaan
budak2 dulu dengan budak2 sekarang. Apa yang saya tulis ni semuanya berdasarkan
pengalaman setahun jagung saya sebagai guru. Saya percaya, banyak lagi budak
kat luar sana yang masih siuman, yang baik budi pekertinya.. Sejuklah perut ibu
mereka mengandung.. Tapi, ini lah “reality” yang saya hadapi hari2.. Tegur
baik2 dah, pujuk dah, marah dah, maki dah, rotan dah… Apa lagi saya nak buat??..
Semoga Allah berikan saya kesabaran yang tak berpenghujung untuk menghadapi
karenah mereka ni….. Amin…
No comments:
Post a Comment