Bila sebut saja pasal kahwin, apa perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran kawan2? Yer! Tak syak lagi.. Hantaran! Sy terfikir nak menulis tentang hantaran sebab siang tadi seorang sahabat sy bercerita tentang adik lelakinya yang ingin berkahwin (bukan berkahwin lagi). Adik dia berumur 23 tahun yang pada hemat sy agak muda untuk berumahtangga. Tapi, kalau hati dah suka, "senyum.. tak perlu kata apa2.." haha.. Tak kisah lah, usia bukan halangan. Yang menjadi masalah paling besar ialah, dia baru setahun bekerja dengan gaji yang tak seberapa. Bekerja di kilang, berapa sangatlah dapat. Melainkan jawatannya besar. Tapi, tidaklah dia bergaji besar melainkan "ciput" sahaja.. Ayah si perempuan meminta RM 14000.00 sebagai hantaran, dalam tempoh 1 tahun. Mak datuk!!
Apa pendapat kawan2? Si ayah ni nak menjual anak ke? Pasti si ayah ada sebab yang tersendiri. Mungkin, nak buat majlis besar-besaran. Mungkin nak orang tahu yang nilai anak dia tinggi. Mungkin juga, dia nak lawan dengan anak jiran sebelah rumah yang hantarannya RM 13999.00. "Senyum.. tak perlu kata apa2.." Masihkah mampu tersenyum? "Kalau hati dah suka.. semua indah saja.."
Apa agaknya penyelesaian untuk masalah adik sahabat saya ni. Tak payah lah kita nak peningkan kepala fikirkan masalah ni. Dia yang nak kahwin, pandai2 dia lah selesaikan, kan?
Apa yang nak diutarakan di sini ialah, perlukah nilai hantaran yang begitu tinggi? Atau dengan lebih kejam lagi, perlukah duit hantaran? Setahu saya, wang hantarani tu tak wajib, cuma sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Jadi, bagilah ikut kemampuan..
Pendapat sy (semestinya tak sama denagn pendapat orang lain), tak perlulah hantaran yang tinggi2 kalau ia akan menyusahkan kedua2 bakal pengantin. Bila si lelaki berhutang untuk daptakan duit hantaran, kelak, isteri juga yang susah bila hidup bersama sebab suami dok bayar hutang yang tak habis2..
Kalau tak berapa banyak, boleh la disusun, (tapi agak bahaya untuk perjalanan jauh).
Ada juga yang memilih untuk menggubah duit jadi bunga ( bagi sy, merosakkan duit sahaja.. tapi, asalkan tak koyak, ok kot..)
Kalau dah banyak sangat, elok hantar cheque sahaja. ( Kalau cheque tendang pun, bukan orang tahu.. hahaha..)
Lain lah mas kahwin. Yang itu wajib. Walaupun wajib, nilainya juga tidak ditentukan. Mungkin ada yang ambil kesempatan, hantaran rendah, minta mas kahwin tinggi.. Hmm.. sama saja.. Seelok2nya, berbincanglah untuk mencapai kata sepakat. Jangan menyusahkan kedua-dua belah pihak. Yang penting, perkahwinan itu mengikut syarat & syariat.. ( cakap, macam aku dah lalui.. hahaa..)
Sedikit "copy paste" dari blog Ust Shauqi tentang hantaran & mas kahwin..
"Prinsip ajaran Islam itu mudah dan
sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada
pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai
bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak
melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin
atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk
menyediakan jumlah hantaran tersebut.
Berbeza dengan mas kahwin
(mahar) yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami
kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami
pada 'malam pertama' sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik
maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) , Dan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah
ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )"..
Sudah terang lagi bersuluh.. , tepuk dada, tanya selera..
No comments:
Post a Comment