Tarikh: 05-07 Oktober 2012,
Tempat : Kota Minda (Jln Kota Tinggi-Mersing)
Akhirnya, setelah sesi persekolahan hampir ke penghujungnya, Unit Kokurikulum telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Kepimpinan Unit Beruniform. Tahniah kepada S/U (sbb saya tau, SU lah yang memainkan peranan yang paling banyak atas terlaksananya program ini). Kawan2 yang lain, tahniah juga diucapkan. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Jumaat 05 Okt, 3.00 ptg.
Semua peserta (47 orang pelajar) berkumpul di kantin sekolah sementara menunggu bas.. (Tunggu SU sebenarnya, yang tertidur, sebab tu lambat). Padahal, bas dah sampai 2.45ptg.. Hehee..
3.45ptg - 7.00 mlm- , bertolak ke Kota Minda, taklimat oleh En. Pian (maklumlah Kem Kom belum sampai), solat, pecah bendungan, minum petang & kem kraf..
7.00 mlm- 3.00 pagi - solat maghrib & isya berjemaah, main game "my feeling" (kelakar giler budak2 nih), minum malam, terus aktiviti burung pungguk. Hambeekk kau, tidur jam 3.00 pagi..
 |
Inilah aktiviti burung pungguk. Tutup mata, jalan masuk hutan, masuk paya.. haha.. |
Sabtu, 06 Okt
6.00pg - 1.00 ptg - Bangun, solat berjemaah, Malaysia Cergas, sarapan, aktiviti lari berhalangan (bawa tong sampah), "river crossing", ikhtiar hidup..
 |
Lambat? Inilah hukumannya.. |
|
 |
Sarapan.. sopannya.. :) |
 |
Senaman pagi |
 |
Taklimat lari berhalangan |
Masing2 nampaknya macam dah tak sabar nak buat aktiviti. Hmm.. diaorang ni tak tahu apa yang menunggu.. Mari kita tengok.. hahaha...
 |
Ini bukan lari berhalangan biasa.. sebabnya kena bawa tong sampah & tong sampah tidak boleh mencecah tanah.. |
 |
Cer fikir, macamana nak naik? |
 |
Hah! Tarik! Tarik! |
 |
Yang ini macam kurang kerjasama.. |
 |
Haha.. tadi ingatkan nak tarik, tapi rupanya tak lepas, gunakan teknik lain.. |
 |
"River Crossing" walaupun bukan di sungai.. |
 |
Comando crawl |
 |
Jangan sampai jatuh! |
 |
Mengemudi rakit |
 |
Gambar hiasan.. haha.. |
 |
Ada penumpang, sebab tu rasa macam berat.. :p |
 |
Ini pun gambar hiasan saja.. |
 |
Satu lagi gambar hiasan.. haha.. |
Malangnya, gambar aktiviti lain tidak dapat dimuat naik sebab masa tu, tak ada kamera rasmi.. Terlupa pulak nak bawa kamera. Masing2 pakai telefon bimbit saja.. Apa da..
Lebih kurang jam 11.00 tengahari, peserta masak lauk sendiri (sardin, kobis, telur dan roti lilit).. macam2 gelagat... akhirnya hampir jam 1.00ptg, siaplah juadah.. Nasi disediakan. Kalau masak nasi sendiri, alamat, memang makan beras lah..
2.00ptg- 7.00 mlm - Aktiviti selepas solat zohor ialah ikatan & gajet. Guru pun kurang kepakaran, jadi peserta dibekalkan dengan modul dan diarahkan untuk membuat ikatan & 1 gajet yang paling mudah. Buluh dibekalkan. Hasilnya, walaupun tidak ada pengalaman, dengan kerjasama & modul yang dibekalkan, terciptalah gajet yang agak2 "ok'.. Tahniah.. Selepas minum petang & solat asar, persediaan malam persembahan..
7.00- 12.00 mlm - selepas solat maghrib & isyak, barulah makan malam. BBQ, ayam, ikan & udang.. ada coleslaw stroberi tau! Lepas makan, malam persembahan. Sesi menujukkan bakat..
Ahad, 07 Okt
6.00-11.00 pagi - Solat subuh, malaysia cergas, sarapan, terus latihan kawad kaki. Majlis penutupan oleh GPK KOKO En. Mohd Radzi.. Makan, balikkkk....
Ulasan:
Kursus Kepimpinan sebenarnya sebahagian daripada proses pendidikan walaupun di luar bilik darjah. Malangnya, ramai pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti program begini walaupun bayarannya hanya RM10. Makan pun tak lepas tau! Tidak mengapa.. Ilmu itu datangnya tidak dipaksa, jika orang itu tidak mahu. Sebenarnya, program ini dapat memeberikan banyak pengetahuan dan pengalaman kepada peserta. Aspek kerjasama, keberanian, kreativiti, disiplin paling dititikberatkan. Alhamdulillah, ramai yang menunjukkan sikap yang positif walaupun masih ada segelintir yang perlu di"basuh" lagi.. Jumpa lagi tahun hadapan.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment