Thursday, January 16, 2014

Rinjani



Impian mendaki gunung rinjani telah lama saya simpan, sejak lihat kawan-kawan sepergunungan mendaki nya. Wah!! Bagai pucuk dicita ulam mendatang, masa dok tengok-tengok Asia Asia buat promo, KL-Lombok tak sampai RM200!! Apa lagi??? On the spot, called kawan-kawan dan propose dengan idea ni. Hmm.. Bila dapat jawapan “on” saja, apa lagi??? Beli! Confirm! Siap ambil “hot seat” makcik.. Haruslah kan, kalau tiket dah murah.. Masa beli tiket ni, dalam hati siap dah terbayang kepenatan yang melampau sebab mendaki gunung. Jadi, haruslah makcik ambil hot seat untuk meluruskan kaki yang dah tentu-tentu lenguh nanti. Nampak tak di situ? Hah.. Perancangan jangka panjang itu memang perlu..


Lebih kurang 4 bulan awal sebenarnya saya beli tiket ni. AA ni kalau nak buat promosi bukannya kira sangat. Jadi, kita ni haruslah sentiasa bersedia kalau-kalau dapat tiket yang berbaloi-baloi. Hah, apa lagi.. Terus cari maklumat berkenaan Rinjani dalam internet. Memang banyak company yang tawarkan pakej ke Rinjani. Bajet biasanya mereka offer ikut jumlah hari. Humang haii!! Semua harga guna USD dan mahal. Oleh sebab bajet tak berapa banyak, saya cadang nak cari pakej melalui kawan-kawan. Alhamdulillah bila ajukan pada Din, dia cadangkan seorang kawan Indonesia yang boleh bawa kami naik Rinjani. Mulalah saya berbalas-balas e-mel dengan mamat yang bernama Dody Hermawan ni. Setelah saya setuju dengan harga yang ditawarkan,iaitu IDR 1,550,000.00 seorang , saya pun bayar separuh daripada harga pakej. Untuk persediaan awal katanya. Mula-mula cuak jugak, maklumlah saya bukannya kenal dengan si Dody ni. Tawakal saja lah. Bayaran ni all in katanya. Maknanya, kat sana nanti kita cuma perlu bawa/beli air untuk minum sendiri, dengan jajan (snacks). Yang lain-lain semuanya disediakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Seminggu sebelum bertolak, saya lunaskan separuh lagi bayaran. Bila dah bayar, apa lagi??? Jom!!!! Ke Lombok kita!!!!!

Layan gambar dulu.. cerita selanjutnya dalam entri yang lain..