Kaf wau cha ya nga.. k u c i n g! Kenapa kucing? Jawapannya
sebab saya sayang kucing. Kenapa saya sayang kucing? Tiada jawapan.. ^_^
Sejak kecil, saya memang telah diajar untuk sayangkan
kucing. Alhamdulillah, mak, abah, abang, adik, semuanya sayangkan kucing.
Mereka kata kucing sangat comel. Kan? Paling sedikit saya pernah pelihara, 6
ekor dan paling banyak 22 ekor. Sekarang ada 10 ekor sahaja. Semuanya di bawah
jagaan adik saya. Saya sendiri memelihara 4 ekor. Aduh, kucing boleh bikin hati
rindu, gembira, gundah- gulana. Tidur tak nyenyak kerana kucing, makan tak
kenyang kerana kucing.. ( Sampai begitu sekali?) Heh! Perumpamaannya
begitulah.. Haha..

Mengimbas kenangan lalu, semua kucing kami, diberi makan
nasi gaul dengan ikan (goreng/rebus). Bila agak “sesak”, kami cuma gorengkan
ikan bilis gaul dengan nasi. Kucing ni pun macam faham, mereka tahu kami tak
mampu, jadi makan seadanya. Lauk ikan masin pun pernah.. ( Eee.. sedih la
pulak.. sob..sob..) Kami orang kampung, kucing pun kucing kampung juga, pelihara
cara kampung. Tidak pernah terfikir pun yang kucing boleh makan biskut
(kibbles). Lagipun, kami manalah mampu. Makan pun cukup2 saja. Mandi kadang2,
itupun menggunakan sabun mandi. Kucing2 kami tidak pernah diberi vaksin, jauh
sekali ubat cacing, ubat kutu & segala macam perlindungan yang lain. Kucing
sakit sekalipun, kami cuma bubuh minyak gamat, bila selsema, bagi Vick. Hendak dibawa ke klinik, manalah mampu,
alahai…
Di kampung, tidak pernah ada masalah memelihara kucing.
Kucing pun pandai bawa diri. Duduk dalam rumah, tapi bila nak poo, pee, mereka
pandai keluar. Mereka bebas keluar masuk. Masalah akan timbul bila kucing
betina mula beranak, kucing jantan mula menggatal. Hampir satu rumah
di”pancut”nya.. Bau merata-rata. Kucing betina pula bila tiba saat melahirkan,
mula la mencari tempat. Habis satu rumah digeledah, sampai dalam almari baju,
asalkan dia dapat tempat yang tersorok dan selesa. Dulu-dulu manalah tau yang
kita boleh mandulkan kucing. Lainlah sekarang, zaman serba canggih. Dunia
“borderless”. Semuanya di hujung jari.
Itu belum masuk bab “melepas” merata-rata. Memang kebanyakan
kucing kami pandai poo pee di luar, tapi ada jugak yang spesis pemalas,
pengotor. Melepaskan hajat di tempat-tempat tersembunyi dalam rumah, macam
belakang almari, bawah katil, bawah meja, pendek kata mana saja kawasan sesuai,
habis dijadikan “port”. Heh! Kami ni kononnya sayangkan kucing, tapi bila bab
membersihkan menda alah tu, hmmm… mak lah yang buat.. (teruk, bukan?) Tiada
rasa bertanggungjawab langsung. Masing-masing tunding jari. Itu dulu, semasa
kami kecil.. Sampai kadang-kadang mak mengamuk sebab selalu sangat kucing2 ni membuang
merata-rata. Sampai satu tahap, bila malam, semua kucing akan tidur luar. Hahaha..
Tapi, makhluk Allah paling comel ni pun bijak juga. Mereka akan sentiasa cari
jalan untuk masuk. Panjat sana sini cari mana-mana ruang boleh selit.
Almaklumlah rumah kampung. Berlubang sana sini hingga akhirnya pasti ada yang berjaya
menyelinap masuk. Yang tak lepas tu, nasiblah.. Kenangan sungguh…
Kini, kucing datang silih berganti. Bila ada yang mati,
pasti ada yang datang. Macam tahu2 saja. Orang kata “patah tumbuh hilang
berganti”. Betullah tu. Bila rumah kita banyak kucing, mula lah orang akan
membuang kucing berhampiran rumah kita (macam lah kita tak tahu). Tau2, ada
yang tergedik2 datang minta makan. Tak mengapa, selalunya ada rezeki untuk
mereka. Satu lagi, mungkin rumah banyak kucing ni ada aura sendiri. Pelik juga,
kenapa kucing tak datang ke rumah jiran? Kenapa rumah kami? Kami anggap sahaja
rezeki datang bergolek. Memang rezeki tak pernah putus pun walaupun cukup2
saja. Itu sudah memadai. Alhamdulillah.

Bila sudah ada kehidupan sendiri, saya tidak pernah terfikir
untuk memelihara kucing. Apatah lagi kewangan tidak mengizinkan semasa mula2
kerja dahulu. Tambahan pula semasa menetap di Kuala Lumpur, saya hanya mampu
menyewa rumah atas kayangan. ( pernah duduk apartment, rumah kedai dan flat).
Keinginan tetap ada, tetapi saya pendamkan jauh2 dalam hati. Apabila balik ke
kampung, saya masih boleh bermanja2 dengan kucing. Itu sudah memadai.
Semasa menyambung belajar di salah sebuah institusi
pengajian tinggi beberapa tahun yang lepas, saya selalu memberi makan seekor
kucing yang saya panggil Oyen. Saya tinggal di tingkat 3. Kenapa Oyen selalu
lepak di tingkat 3? Kenapa bukan di tingkat 1 atau 2? Ha…. Aura barangkali..
Hehee.. Tapi malang sekali Oyen dibuang oleh makcik tukang sapu sebab ramai
penghuni lain yang merungut Oyen membuang merata2 (memang betul pun). Tapi,
namanya pun kucing. Kalau manusia, mestilah Oyen membuang di tandas, kan? Tak
apalah, saya redhakan sahaja.
Apabila saya tinggal di rumah teres (walaupun rumah kos
rendah sahaja), saya masih belum terfikir untuk memelihara kucing (hanya “feed”
kucing jalanan di lorong belakang rumah) sehinggalah saya mengikuti perjalanan
blog Mohd Hairey Yahya (Papa Hero). Daripada blog kakimotong jugalah saya
mengenali Wira Fans Club (WFC) dan daripada WFC inilah saya mula memelihara
kucing. Ada 4 ekor semuanya yang saya “adopt” daripada Kak Sue Hikmah, salah
seorang admin WFC.
Sungguh! Saya tidak pernah terfikir untuk memelihara kucing,
apatah lagi saya berkongsi rumah dengan seorang sahabat yang tidak menggemari
kucing. ( Alhamdulillah dia boleh menerima kehadiran 4 ekor anak2 bulus saya).
Terima kasih. Demi menjaga keselesaan bersama, saya pastikan kucing2 terurus
dengan baik ( tempat makan, tempat melepas, lantai rumah, bau2an ). Semuanya
harus dijaga. Walaupun penat membersihkan rumah siang malam, namun saya puas
tiap kali melihat karenah mereka yang sangat mencuit hati.
Saya memang sayangkan kucing. Namun, saya tidak pernah
terfikir untuk menjadi penyelamat kucing jalanan. Dulu, saya hanya sayangkan
kucing saya sahaja. Saya jarang pedulikan kucing2 lain. Penulisan Papa Hero
banyak menyedarkan saya. Sungguh! Ia sangat terkesan di hati. Saya sangat kagum
dengan manusia sepertinya ( mungkin ramai lagi yang tidak saya kenali) yang
sanggup bersusah payah untuk kucing. Saya mula menyimpan “kibbles’ dalam kereta
supaya senang saya “feed” apabila terjumpa kucing2 tidak bertuan. Saya mula
menghantar kucing yang cedera ke klinik walaupun hanya seekor kucing jalanan.
Alhamdulillah, saya rasa puas melakukannya.

Kesimpulannya, berkongsilah rezeki walau hanya dengan
haiwan. Terima kasih kepada emak saya yang memelihara dan menyayangi kucing
sejak saya dilahirkan. Kalau tidak, mungkin saya tergolong dalam kalangan
manusia yang takut, jijik, geli dengan makhluk Tuhan paling comel ini.. Rugi
sungguh. Tidak semua orang setuju dengan saya. Hanya yang “sealiran” saja yang
boleh memahami. Sekian, saya akhiri
ucapan ( hei!! Ini bukan ucapan, hokay… ) haha.. Sekian.. ^_^