Slanga atau dlm bahasa Inggerisnya slang ialah kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm
percakapan tidak rasmi)...
Contoh slang budak2 zaman sekarang yang tak terdapat dalam kamu dewan, kamus dwi bahasa, mahupun mana2 kamus dalam dunia ni..
1. Chow ( bkn cow-lembu..) Bkn chow yuen fatt atau chow ah fatt atau mana2 nama org dlm dunia ni. Chow maknanaya pergi. Contoh ayat, "Ok, gua chow dulu sbb byk kerja nak buat ni," kata Azroy kepada Remy.
2. Ciput (bkn siput, siput sedut bkn, siput haram tu pn bkn). Sikit/sedikit/sangat sedikit. Contoh ayat, kerja sebagai buruh kasar memang tidak berbaloi kerana kerjanya yang berat berbanding gaji yang ciput.
3. Kantoi/kantol (ada sesetengah orang ckp kantoi, sesetangahnya pulak ckp kantol). Apa yek? Kalau tak silap mcm tertangkap kot, perkara/benda yang kita nk rahsiakan tapi diketahui orang. Contoh ayat, Zaim dirotan oleh guru disiplin setelah kantoi membawa rokok ke sekolah.
4. Siot/siol. Yang ini tak silap singkatan atau nama lain bagi sial. Yerlah, kalau nak cakap sial mcm kasar sgt. Jd, sebut siot/siol. Agak 'manis' lah.. Maka, maksudnya juga sama dgn sial (celaka, malang). Contoh ayat, "Lu mmg siot tinggalkan gua sorang2 kat rumah, kan?" Din melepaskan kemarahannya kepada Apai.
5. Blah. Sama saja maksudnya dengan chow, iaitu pergi, cuma kadang2 berbeza dari segi penggunaan ayat. Contohnya, "Ok, gua blah dulu sbb byk kerja nak buat ni" (sama dgn ayat chow di atas) atau "Baik kau blah dari sini sebelum aku hilang sabar!" Jerit Long kepada Fatin.
6. Beb. Yang ini tidaklah diketahui asal-usulnya melainkan satu perkataan Inggeris ini. BABE! Babe ni slang untuk baby kalau tak silap. Orang putih kata la. Orang Melayu kata sayang, bukan bayi! Sebenarnya babe dgn beb kan bunyinya sama. Jadi, bila dah selalu sgt sebut babe, Orang Melayu pun eja beb. Mcm eja awesome (osem), facebook (fesbuk). Haha, semua benda nak diMelayukan tp tak kene tempatnya. Contoh ayat, "Hai beb! Dah makan ke blm?" Sapa Alynn kepada Zam.
7. Mangkuk ayun. Bodoh! Tak syak lagi. Tapi kenapa mangkuk yek? Kenapa bkn besen, pinggan, cawan, kuali dan lain brg2 dapur? Tak tahulah. Kalau tengok Kamus Dewan, mangkuk ni salah satu maksudnya ialah kata yang bersifat menghina atau mempermainkan seseorang. Patutlah..Tapi mana datang ayun? Mangkuk ayun atau mangkuk yang berayun? Waullahhu alam.. Contoh ayat, "Mangkuk ayun punya budak! Lain yang aku suruh, lain yang dibuatnya.." Isam menyumpah dalam hati.
8. Sen. Maksudnya duit. Nak makan tak ada sen, nak shopping tak ada sen. Mcm la semua benda dikira dalam sen. Ringgit tu ok la jugak. Tak pulak dikatakannya, nak makan tak ada ringgit, nak shopping tak ada ringgit. Contoh ayat. "Beb, gua lapar la, tp gua tak ada sen nak makan," kata Azmal kepada Rizal.
Cukuplah dulu. Kalau nak disenaraikan, alahai.. Mmg byk sgtlah.. Mcm gua (saya), lu (awak), taram (hentam), kacang (senang), cun (cantik), balak (boyfriend), awek (girlfriend), sekodeng (mengintai), bla bla bla bla... banyak lagi... Terpulanglah kepada individu sama ada nak gunakannya atau tidak, cuma awas! Penggunaan slanga tanpa kawalan ditakuti akan merosakkan bahasa kita. Sesungguhnya cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa..
Adios! ( Tgk! baru cakap tadi kan!)