Friday, October 19, 2012

Kaf Wau Cha Ya Nga



Kaf wau cha ya nga.. k u c i n g! Kenapa kucing? Jawapannya sebab saya sayang kucing. Kenapa saya sayang kucing? Tiada jawapan.. ^_^

Sejak kecil, saya memang telah diajar untuk sayangkan kucing. Alhamdulillah, mak, abah, abang, adik, semuanya sayangkan kucing. Mereka kata kucing sangat comel. Kan? Paling sedikit saya pernah pelihara, 6 ekor dan paling banyak 22 ekor. Sekarang ada 10 ekor sahaja. Semuanya di bawah jagaan adik saya. Saya sendiri memelihara 4 ekor. Aduh, kucing boleh bikin hati rindu, gembira, gundah- gulana. Tidur tak nyenyak kerana kucing, makan tak kenyang kerana kucing.. ( Sampai begitu sekali?) Heh! Perumpamaannya begitulah.. Haha..

 Mengimbas kenangan lalu, semua kucing kami, diberi makan nasi gaul dengan ikan (goreng/rebus). Bila agak “sesak”, kami cuma gorengkan ikan bilis gaul dengan nasi. Kucing ni pun macam faham, mereka tahu kami tak mampu, jadi makan seadanya. Lauk ikan masin pun pernah.. ( Eee.. sedih la pulak.. sob..sob..) Kami orang kampung, kucing pun kucing kampung juga, pelihara cara kampung. Tidak pernah terfikir pun yang kucing boleh makan biskut (kibbles). Lagipun, kami manalah mampu. Makan pun cukup2 saja. Mandi kadang2, itupun menggunakan sabun mandi. Kucing2 kami tidak pernah diberi vaksin, jauh sekali ubat cacing, ubat kutu & segala macam perlindungan yang lain. Kucing sakit sekalipun, kami cuma bubuh minyak gamat, bila selsema, bagi Vick.  Hendak dibawa ke klinik, manalah mampu, alahai… 

Di kampung, tidak pernah ada masalah memelihara kucing. Kucing pun pandai bawa diri. Duduk dalam rumah, tapi bila nak poo, pee, mereka pandai keluar. Mereka bebas keluar masuk. Masalah akan timbul bila kucing betina mula beranak, kucing jantan mula menggatal. Hampir satu rumah di”pancut”nya.. Bau merata-rata. Kucing betina pula bila tiba saat melahirkan, mula la mencari tempat. Habis satu rumah digeledah, sampai dalam almari baju, asalkan dia dapat tempat yang tersorok dan selesa. Dulu-dulu manalah tau yang kita boleh mandulkan kucing. Lainlah sekarang, zaman serba canggih. Dunia “borderless”. Semuanya di hujung jari.

Itu belum masuk bab “melepas” merata-rata. Memang kebanyakan kucing kami pandai poo pee di luar, tapi ada jugak yang spesis pemalas, pengotor. Melepaskan hajat di tempat-tempat tersembunyi dalam rumah, macam belakang almari, bawah katil, bawah meja, pendek kata mana saja kawasan sesuai, habis dijadikan “port”. Heh! Kami ni kononnya sayangkan kucing, tapi bila bab membersihkan menda alah tu, hmmm… mak lah yang buat.. (teruk, bukan?) Tiada rasa bertanggungjawab langsung. Masing-masing tunding jari. Itu dulu, semasa kami kecil.. Sampai kadang-kadang mak mengamuk sebab selalu sangat kucing2 ni membuang merata-rata. Sampai satu tahap, bila malam, semua kucing akan tidur luar. Hahaha.. Tapi, makhluk Allah paling comel ni pun bijak juga. Mereka akan sentiasa cari jalan untuk masuk. Panjat sana sini cari mana-mana ruang boleh selit. Almaklumlah rumah kampung. Berlubang sana sini hingga akhirnya pasti ada yang berjaya menyelinap masuk. Yang tak lepas tu, nasiblah.. Kenangan sungguh…

Kini, kucing datang silih berganti. Bila ada yang mati, pasti ada yang datang. Macam tahu2 saja. Orang kata “patah tumbuh hilang berganti”. Betullah tu. Bila rumah kita banyak kucing, mula lah orang akan membuang kucing berhampiran rumah kita (macam lah kita tak tahu). Tau2, ada yang tergedik2 datang minta makan. Tak mengapa, selalunya ada rezeki untuk mereka. Satu lagi, mungkin rumah banyak kucing ni ada aura sendiri. Pelik juga, kenapa kucing tak datang ke rumah jiran? Kenapa rumah kami? Kami anggap sahaja rezeki datang bergolek. Memang rezeki tak pernah putus pun walaupun cukup2 saja. Itu sudah memadai. Alhamdulillah. 

Bila sudah ada kehidupan sendiri, saya tidak pernah terfikir untuk memelihara kucing. Apatah lagi kewangan tidak mengizinkan semasa mula2 kerja dahulu. Tambahan pula semasa menetap di Kuala Lumpur, saya hanya mampu menyewa rumah atas kayangan. ( pernah duduk apartment, rumah kedai dan flat). Keinginan tetap ada, tetapi saya pendamkan jauh2 dalam hati. Apabila balik ke kampung, saya masih boleh bermanja2 dengan kucing. Itu sudah memadai. 

Semasa menyambung belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi beberapa tahun yang lepas, saya selalu memberi makan seekor kucing yang saya panggil Oyen. Saya tinggal di tingkat 3. Kenapa Oyen selalu lepak di tingkat 3? Kenapa bukan di tingkat 1 atau 2? Ha…. Aura barangkali.. Hehee.. Tapi malang sekali Oyen dibuang oleh makcik tukang sapu sebab ramai penghuni lain yang merungut Oyen membuang merata2 (memang betul pun). Tapi, namanya pun kucing. Kalau manusia, mestilah Oyen membuang di tandas, kan? Tak apalah, saya redhakan sahaja.

Apabila saya tinggal di rumah teres (walaupun rumah kos rendah sahaja), saya masih belum terfikir untuk memelihara kucing (hanya “feed” kucing jalanan di lorong belakang rumah) sehinggalah saya mengikuti perjalanan blog Mohd Hairey Yahya (Papa Hero). Daripada blog kakimotong jugalah saya mengenali Wira Fans Club (WFC) dan daripada WFC inilah saya mula memelihara kucing. Ada 4 ekor semuanya yang saya “adopt” daripada Kak Sue Hikmah, salah seorang admin WFC.

Sungguh! Saya tidak pernah terfikir untuk memelihara kucing, apatah lagi saya berkongsi rumah dengan seorang sahabat yang tidak menggemari kucing. ( Alhamdulillah dia boleh menerima kehadiran 4 ekor anak2 bulus saya). Terima kasih. Demi menjaga keselesaan bersama, saya pastikan kucing2 terurus dengan baik ( tempat makan, tempat melepas, lantai rumah, bau2an ). Semuanya harus dijaga. Walaupun penat membersihkan rumah siang malam, namun saya puas tiap kali melihat karenah mereka yang sangat mencuit hati.

Saya memang sayangkan kucing. Namun, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi penyelamat kucing jalanan. Dulu, saya hanya sayangkan kucing saya sahaja. Saya jarang pedulikan kucing2 lain. Penulisan Papa Hero banyak menyedarkan saya. Sungguh! Ia sangat terkesan di hati. Saya sangat kagum dengan manusia sepertinya ( mungkin ramai lagi yang tidak saya kenali) yang sanggup bersusah payah untuk kucing. Saya mula menyimpan “kibbles’ dalam kereta supaya senang saya “feed” apabila terjumpa kucing2 tidak bertuan. Saya mula menghantar kucing yang cedera ke klinik walaupun hanya seekor kucing jalanan. Alhamdulillah, saya rasa puas melakukannya.

 Kesimpulannya, berkongsilah rezeki walau hanya dengan haiwan. Terima kasih kepada emak saya yang memelihara dan menyayangi kucing sejak saya dilahirkan. Kalau tidak, mungkin saya tergolong dalam kalangan manusia yang takut, jijik, geli dengan makhluk Tuhan paling comel ini.. Rugi sungguh. Tidak semua orang setuju dengan saya. Hanya yang “sealiran” saja yang boleh memahami.  Sekian, saya akhiri ucapan ( hei!! Ini bukan ucapan, hokay… ) haha.. Sekian.. ^_^

Wednesday, October 17, 2012

Sri Lanka



25 April hingga 1 Mei 2012 yang lepas, saya berkesempatan mengembara (kalau boleh dikategorikan sebagai mengembara) ke Sri Lanka selama 6 hari. Pengembaraan disertai 3 orang rakan yang sememangnya minat mengembara juga. Ikut perancangan asal, mahu saja kami bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menaiki kenderaan awam (kereta api/bas/teksi) tetapi kekangan masa membuatkan kami mengambil keputusan untuk menyewa van sahaja. Agak berbaloi juga dengan bayaran USD450 untuk perjalanan melebihi 600km. Tambahan pula, kami disediakan dengan van Toyota Hiace 15 tempat duduk tetapi hanya kami berempat sahaja. Heaven! Argh! Betapa selesanya..

Hari 1. 
Dambulla & Sigiriya
Kedua2 bandar ini terletak di wilayah tengah Sri Lanka.. Sesampainya kami di Bandaranayakee International Airport di bandar Negombo, kami terus bergerak ke Dambulla & seterusnya Sigiriya. Sepanjang perjalanan tidak terasa langsung berada di negara lain. Kiri & kanan jalan, pemandangannya seperti pemandangan di kampung2 di Malaysia. Kami bermalam di Sigiriya. 

Sarapan kami.. Hmm.. "boleh la"..

Anda boleh makan ini sebagai sarapan?

Kan? Macam di Malaysia..

Dambulla Golden Temple

Rock Temple.. Harus! Memanjat tangga.. Uwaa...

Nampak tak? Bangunan kecil itulah kuil.. ( di dalamnya luas lagi)

Sigiriya. Batu atas tu, diatas/sebaliknya juga terdapat kuil tetapi, kami tidak mampu membayar untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Rindu Malaysia? Hmm.. sama bukan?

Mewah dengan makanan (sebelum)

(selepas) ... macam tak luak pun? Kecuali kari itu..

Rukmali: Front gate..

Hari 2.
Kandy
Awal pagi sekitar jam 7, kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya, Kandy. Kandy merupakan ibu negeri untuk wilayah tengah Sri Lanka. Melalui pembacaan, Kandy terkenal dengan lokasi kuil juga. Buddha Tooth Temple yang paling popular. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Herbal Garden. Free, sebab tu tak kisah nak singgah. Hehehe..

Aloe Vera

Nanas pun ada.. Macam Malaysia, kan?

Pokok Vanilla

Mereka jamu kami dengan teh herba

Wah! Ini sudah bagus! Urut percuma..

Inilah Highland Spice Garden. Jalan Sigiriya-Kandy. Mereka buat ubat. Semuanya chemical free..

Salah satu masjid dalam perjalanan ke Kandy. Banyak masjid di Sri Lanka, jangan risau..

Makan tengahari di sini. Halal, okay..

Nasi beryani ayam


Nasi beryani telur

Jemput makan, ye..

Habis! Boleh tahan..

Singgah kilang sari..

Boleh cuba, tau..

Tengok.. cuba tak perlu bayar..

Sempat tengok persembahan kebudayaan di Kandy.

Hebat, bukan?

Sempat bergambar kenangan

Malam di Kandy. Berjalan2 di sekitar bandar. Beli Vaday..

Beli cerek elektrik, senang nak bancuh air..

Di hadapan hotel di Kandy (atas bukit), sebelum bertolak ke Nuwara Eliya..

Hari 3.
Nuwara Eliya
Arghh!! Tempat ini yang paling menarik. Seperti Cameron Highland Malaysia, Dalat Vietnam. Kawasan penanaman teh yang terbesar di Sri Lanka, di dunia barangkali. Semua maklum, Sri Lanka terkenal dengan ceylon tea. Nah! Di sinilah tempatnya.. Cuaca agak sejuk, maklumlah tanah tinggi. Ada tempat membeli-belah juga. Itu yang menarik. Hehe..




Pengasingan ikut kualiti

Best tea in town

Mai secawan!!


Masjid jamek Nuwara Eliya (betul2 dekat bandar)

Jangan lupa cuci tangan sebelum makan..

Menu

Vaday

Nasi goreng ayam

Kentang goreng

Licin!

Bunga2 Cinta






Mau tak riang!






Our driver, Randimal Handalage @ Randi

Betapa.. hehee

Ini pokok sayur di laman guest house kami. Gila kan?

"Bayangkan kalau laman rumah anda penuh dengan bunga2an begini".. kata si Jaket Merah Jambu
Berjalan2 di sekitar pasar malam

Tengok! Teruja, bukan?

Delima..

Saya pilih strawberi

Warung teh

Ini tehnya

Bergambar di halaman guest house sebelum meneruskan perjalanan..

Nasi beryani telur

Bergembira di ladang teh

Seluas alam di tanam dengan pokok teh

Zoom in..

Perlukah gamabar ini? Haha..

Dah macam gangster Kampung Dusun.. blh kawan dengan Sarip Dol.. haha..

 Hari 4.
Adam's Peak
Terletak di daerah Ratnapura, kami singgah dan bermalam di sini kerana keinginan untuk mendaki gunung setinggi 7353kaki. Dipuncaknya terbina sebuah kuil. Laluan yang agak mudah kerana dibina anak tangga.
Pendakian bermula sekitar jam 10 malam dan turun keesokan paginya sekitar jam 6.00.


Dalam perjalanan dari Nuwara Eliya ke Ratnapura

Adam's Peak diselaputi awan

Laluan ke Adam's Peak (bkn sungai tetapi yang tangga tu)

Guest house, berlatar belakangkan Adam's Peak

Hmm.. masing2 tak sabar dah nak mendaki Adam'a Peak

Kuil di puncak Adam's Peak. Lihat! Ntah berapa ribu manusia di sini..

Turun..


Masya Allah..

Ladang teh di sekitar Adam's Peak

Nampak tak? Kuil tersergam di puncak gunung.. Hebat, kan?

 Hari 5
Negombo
Tiada yang menarik di sini. Kawasannya banyak pantai (alhamdulillah, resort kami juga di tepi pantai). Kami hanya menghabiskan masa di tepi pantai sambil menghirup angin petang dan sebelah malamnya berjalan2 di sekitar bandar Negombo.

Nak tunggu matahari terbenam..

Tepi pantai

Sang Kedembai,kah?

Unik kan?

Nasi goreng ayam lagi

Nasi goreng dengan nanas

Hmmm.. yummy

Seriously tak ingat nama makanan ni, tp sedap..

Jus limau, limau manis yang diperah.. (bkn oren, ya)

Ais krim

Menunggu kereta api ke Colombo

Inilah tiketnya

Kereta api ke Colombo..

Hari 6.
Colombo.
Sebenarnya, kami tidak bermalam di Colombo. Kami bermalam di Negombo, dan mengambil keretapi untuk ke sana. Colombo ibu negara Sri Lanka. Bandarnya sangat meriah dengan hiruk pikuk manusia dan kenderaan. Tempat yang kami tuju semestinya kawasan yang menjual pelbagai barangan yang tidak terdapat di Malaysia. Di sinilah kami borong sari! Nah! pilih saja, sediakan wangnya. Opss.. jangan lupa, kalau beg berat nanti, bayaran ekstra di lapangan terbang ye.. hehe.. Usai membeli belah, kami pulang ke Negombo dan mengambil beg yang kami simpan di resort dan terus menuju ke lapangan terbang. Penerbangan kami keesokan paginya. Alhamdulillah, sekuriti tidak banyak soal. Kami dibenarkan bermalam di dalam kawasan menunggu. Hmm.. Tidur atas kerusi jawabnya..

Pemandangan di dalam tren.. "open air"..

Nama pun backpacker, Lonely Planet menjadi teman sejati..

Sarapan..

Semuanya berinti kari (kentang, mcm inti karipap)


Masjid di tengah2 bandar raya Colombo

Geram, tak?? Membeli untuk menjual.. Haha..

Stesen kereta api..

Pemandangan di stesen kereta api Colombo. Di sinilah kami berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh berbahasa Melayu. Bangga sungguh..

Tuc tuc. Kenderaan inilah yang menghantar kami ke lapangan terbang. 2 tuc tuc untuk 4 orang beserta bagasi kami yang sangat berat itu.. Haha..

Ulasan:
Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan sempena perjalanan saya ke Sri Lanka. Kalau nak cerita dengan lebih detail, memang banyak. tapi, tak apalah, dalam entri yang lain nanti, saya akan ceritakan dengan lebih lanjut. Pengalaman yang sememangnya tidak ternilai..