25 April hingga 1 Mei 2012 yang lepas, saya berkesempatan
mengembara (kalau boleh dikategorikan sebagai mengembara) ke Sri Lanka selama 6
hari. Pengembaraan disertai 3 orang rakan yang sememangnya minat mengembara
juga. Ikut perancangan asal, mahu saja kami bergerak dari satu destinasi ke
destinasi yang lain dengan menaiki kenderaan awam (kereta api/bas/teksi) tetapi
kekangan masa membuatkan kami mengambil keputusan untuk menyewa van sahaja.
Agak berbaloi juga dengan bayaran USD450 untuk perjalanan melebihi 600km.
Tambahan pula, kami disediakan dengan van Toyota Hiace 15 tempat duduk tetapi hanya
kami berempat sahaja. Heaven! Argh! Betapa selesanya..
Hari 1.
Dambulla & Sigiriya
Kedua2 bandar ini terletak di wilayah tengah Sri Lanka.. Sesampainya kami di Bandaranayakee International Airport di bandar Negombo, kami terus bergerak ke Dambulla & seterusnya Sigiriya. Sepanjang perjalanan tidak terasa langsung berada di negara lain. Kiri & kanan jalan, pemandangannya seperti pemandangan di kampung2 di Malaysia. Kami bermalam di Sigiriya.
 |
Sarapan kami.. Hmm.. "boleh la".. |
 |
Anda boleh makan ini sebagai sarapan? |
 |
Kan? Macam di Malaysia.. |
 |
Dambulla Golden Temple |
 |
Rock Temple.. Harus! Memanjat tangga.. Uwaa... |
 |
Nampak tak? Bangunan kecil itulah kuil.. ( di dalamnya luas lagi) |
 |
Sigiriya. Batu atas tu, diatas/sebaliknya juga terdapat kuil tetapi, kami tidak mampu membayar untuk melihatnya dengan lebih dekat. |
 |
Rindu Malaysia? Hmm.. sama bukan? |
 |
Mewah dengan makanan (sebelum) |
 |
(selepas) ... macam tak luak pun? Kecuali kari itu.. |
 |
Rukmali: Front gate.. |
Hari 2.
Kandy
Awal pagi sekitar jam 7, kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya, Kandy. Kandy merupakan ibu negeri untuk wilayah tengah Sri Lanka. Melalui pembacaan, Kandy terkenal dengan lokasi kuil juga. Buddha Tooth Temple yang paling popular. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Herbal Garden. Free, sebab tu tak kisah nak singgah. Hehehe..
 |
Aloe Vera |
 |
Nanas pun ada.. Macam Malaysia, kan? |
 |
Pokok Vanilla |
 |
Mereka jamu kami dengan teh herba |
 |
Wah! Ini sudah bagus! Urut percuma.. |
 |
Inilah Highland Spice Garden. Jalan Sigiriya-Kandy. Mereka buat ubat. Semuanya chemical free.. |
 |
Salah satu masjid dalam perjalanan ke Kandy. Banyak masjid di Sri Lanka, jangan risau.. |
 |
Makan tengahari di sini. Halal, okay.. |
 |
Nasi beryani ayam |
 |
Nasi beryani telur |
 |
Jemput makan, ye.. |
 |
Habis! Boleh tahan.. |
 |
Singgah kilang sari.. |
 |
Boleh cuba, tau.. |
 |
Tengok.. cuba tak perlu bayar.. |
 |
Sempat tengok persembahan kebudayaan di Kandy. |
 |
Hebat, bukan? |
 |
Sempat bergambar kenangan |
 |
Malam di Kandy. Berjalan2 di sekitar bandar. Beli Vaday.. |
 |
Beli cerek elektrik, senang nak bancuh air.. |
 |
Di hadapan hotel di Kandy (atas bukit), sebelum bertolak ke Nuwara Eliya.. |
Hari 3.
Nuwara Eliya
Arghh!! Tempat ini yang paling menarik. Seperti Cameron Highland Malaysia, Dalat Vietnam. Kawasan penanaman teh yang terbesar di Sri Lanka, di dunia barangkali. Semua maklum, Sri Lanka terkenal dengan ceylon tea. Nah! Di sinilah tempatnya.. Cuaca agak sejuk, maklumlah tanah tinggi. Ada tempat membeli-belah juga. Itu yang menarik. Hehe..
 |
Pengasingan ikut kualiti |
 |
Best tea in town |
 |
Mai secawan!! |
 |
Masjid jamek Nuwara Eliya (betul2 dekat bandar) |
 |
Jangan lupa cuci tangan sebelum makan.. |
 |
Menu |
 |
Vaday |
 |
Nasi goreng ayam |
 |
Kentang goreng |
 |
Licin! |
 |
Bunga2 Cinta |
 |
Mau tak riang! |
 |
Our driver, Randimal Handalage @ Randi |
 |
Betapa.. hehee |
 |
Ini pokok sayur di laman guest house kami. Gila kan? |
 |
"Bayangkan kalau laman rumah anda penuh dengan bunga2an begini".. kata si Jaket Merah Jambu |
 |
Berjalan2 di sekitar pasar malam |
 |
Tengok! Teruja, bukan? |
 |
Delima.. |
 |
Saya pilih strawberi |
 |
Warung teh |
 |
Ini tehnya |
 |
Bergambar di halaman guest house sebelum meneruskan perjalanan.. |
 |
Nasi beryani telur |
 |
Bergembira di ladang teh |
 |
Seluas alam di tanam dengan pokok teh |
 |
Zoom in.. |
 |
Perlukah gamabar ini? Haha.. |
 |
Dah macam gangster Kampung Dusun.. blh kawan dengan Sarip Dol.. haha.. |
Hari 4.
Adam's Peak
Terletak di daerah Ratnapura, kami singgah dan bermalam di sini kerana keinginan untuk mendaki gunung setinggi 7353kaki. Dipuncaknya terbina sebuah kuil. Laluan yang agak mudah kerana dibina anak tangga.
Negombo
Tiada yang menarik di sini. Kawasannya banyak pantai (alhamdulillah, resort kami juga di tepi pantai). Kami hanya menghabiskan masa di tepi pantai sambil menghirup angin petang dan sebelah malamnya berjalan2 di sekitar bandar Negombo.
 |
Nak tunggu matahari terbenam.. |
 |
Tepi pantai |
 |
Sang Kedembai,kah? |
 |
Unik kan? |
 |
Nasi goreng ayam lagi |
 |
Nasi goreng dengan nanas |
 |
Hmmm.. yummy |
 |
Seriously tak ingat nama makanan ni, tp sedap.. |
 |
Jus limau, limau manis yang diperah.. (bkn oren, ya) |
 |
Ais krim |
 |
Menunggu kereta api ke Colombo |
 |
Inilah tiketnya |
 |
Kereta api ke Colombo.. |
Hari 6.
Colombo.
Sebenarnya, kami tidak bermalam di Colombo. Kami bermalam di Negombo, dan mengambil keretapi untuk ke sana. Colombo ibu negara Sri Lanka. Bandarnya sangat meriah dengan hiruk pikuk manusia dan kenderaan. Tempat yang kami tuju semestinya kawasan yang menjual pelbagai barangan yang tidak terdapat di Malaysia. Di sinilah kami borong sari! Nah! pilih saja, sediakan wangnya. Opss.. jangan lupa, kalau beg berat nanti, bayaran ekstra di lapangan terbang ye.. hehe.. Usai membeli belah, kami pulang ke Negombo dan mengambil beg yang kami simpan di resort dan terus menuju ke lapangan terbang. Penerbangan kami keesokan paginya. Alhamdulillah, sekuriti tidak banyak soal. Kami dibenarkan bermalam di dalam kawasan menunggu. Hmm.. Tidur atas kerusi jawabnya..
Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan sempena perjalanan saya ke Sri Lanka. Kalau nak cerita dengan lebih detail, memang banyak. tapi, tak apalah, dalam entri yang lain nanti, saya akan ceritakan dengan lebih lanjut. Pengalaman yang sememangnya tidak ternilai..
assalam....masa bila boleh lihat tapak kaki nabi adam kat puncak tu?
ReplyDelete